Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Saturday, May 21, 2011

Klinik Kesihatan Pulai Chondong

Klinik  kesihatan ini terletak berhadapan dengan Pejabat Pos. Ia klinik terbesar di Mukim Pulai Chondong. Jika dahulu jika ingin mendapat khidmat kesihatan perlulah melapur dibangunan sebelah kanan iaitu jika masuk kepintu pagar terus membelok ke kanan. Tapi sekarang perlu pergi kebangunan belakang. Dahulu kita budak-budak biasanya lebih mengenali "dresar" darpada doktor mungkin doktor tiada disini. Bagi kami budak-budak biasanya tidak berapa mengambil berat tentang  klinik atau hospital ini kerana jarang berurusan. Jika sakit pun masih ramai lagi waktu itu penduduk yang menggunakan khidmat bomoh atau rawatan traditional. Jika sudah sakit sudah menjadi teruk barulah kehospital. Lagipun jika dikampung untuk kesini jaraknya dikira jauh.

No comments:

Post a Comment