2. Disebabkan kerap mendengar suara azan itu secara tidak langsung dapat dihafal azan tersebut. Begitu juga doa lepas azan pun lama kelamaan juga dapat dihafal.
KAMPUNG DUSUN BULUH PULAI CHONDONG MACHANG KELANTAN
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Azan
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
Wednesday, March 27, 2024
Azan
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu juga diradio.
Wednesday, March 6, 2024
Ikan
Suatu masa dahulu ketika memancing tepi sungai Pengkalan Kiat ikan yang paling senang dapat ialah ikan belukur. Kadang dapat ikan tilam. Ada sekali dapat juga ikan lapam. Agak sukar juga untuk dapat ikan bila memancing disini. Maklumlah ilmu memancing tiada.
Sunday, March 3, 2024
Tebbey
Makna tebbey lebih kurang - cari pasal, kerana dikhuatiri jika melakukan sesuatu disebab tebbey tersebut akan mendatangkan hasil yang tidak baik. Contoh ayat, Sabri menasihatkan Rusman jangan tebbey pergi ke Kedai Pulai Chondong pagi esok kerana ada seseorang ingin menetak atau mencederakannya disitu.
Monday, February 26, 2024
Air sungai
1. Ketika saya di Kampung Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan waktu darjah satu ada satu ingatan tentang sebuah sungai di situ. Apa yang diingati kadang kadang air sungai itu cetek dan dilain waktu airnya dalam. Ketika ia cetek dapat dilihat pasir yang keemasan bersih warnanya dan air yang sangat jernih dan sungai itu boleh diharungi dengan berjalan kaki sahaja keseberangnya untuk ke Sekolah Kebangsaan Penambang.
2. Ketika airnya dalam terdapat banyak kayu balak didalam sungai dan kelihatan lori yang menarik kayu balak keatas tebing menggunakan tali besi. Dilain waktu ketika airnya dalam banyak kelihatan ikan jora tetapi ketika itu orang tidak suka menangkap atau memancing ikan ini kerana dikatakan kerap memakan najis manusia.
3. Ketika airnya dalam kalau hendak kesekolah Kebangsaan Penambang terpaksa ikut jambatan dijalan besar atas Banggol. Dahulu ainya dalam dan cetek rasanya disebabkan terkesan dari air pasang laut atau mungkin juga dimusim air sungai mengering dimusim kemarau.
Sunday, February 25, 2024
Laih
1. Laih boleh diertikan juga letih, tidak bermaya, lemah juga rasa tidak bertenaga. Contoh ayat, Ayub merasa sangat laih setelah berjalan hampir 10 km menaiki gunung tahan.
Tuesday, February 6, 2024
Babok
Babok boleh diertikan tidak pandai, tidak cerdas, jahil juga berperangai tidak elok. Contoh ayat, Ayah Zahari memarahinya kerana balik lewat petang sambil berkata "awak ni babok sudah maghrib baru balik"
Saturday, February 3, 2024
Cekkaey
Cekkaey bermaksud bersungguh dengan sepenuh daya dalam melakukan sesuatu. Contoh ayat, Ali menasihatkan Abu supaya jangan cekkaey sangat mencari wang dengan melakukan pelbagai kerja kerana kesihatan badan perlu juga dijaga.
Wednesday, January 31, 2024
Topi Sudu
1. Topi sudu ketika saya masih bebudak amat teringin untuk memakainya. Namun tiada kemampuan untuk membelinya. Lagi pun mungkin harganya mahal. Disebabkan untuk memakainya saya cuba menjahit sendiri dari lebihan kain menggunakan mesin jahit.
2. Proses tidak lah mengambil masa yang
lama untuk siap. Terubat juga untuk memakainya. Rasanya topi adalah satu satu nya hasil menjahit sendiri hingga jadi topi yang boleh dipakai walaupun bentuknya tidak seperti topi sebenar.
Sunday, January 28, 2024
debek
Debek boleh diertikan sebagai lemah, tiada kualiti, tidak cerdik, tidak baik dan semua sifat kurang. Contoh ayat, "apa yang debek sangat basikal ni selalu rosak"
Saturday, January 27, 2024
Rangkaian biru RTM - Learn a word a day
1. Suatu masa dahulu tahun 70an rangkaian biru siaran dalam bahasa inggeris ada menyiarkan "learn a word a day" setiap pagi jam 0700.
2. Satu perkataan bahasa inggeris akan diajar dengan penerangan dalam bahasa melayu akan diberikan. Rancangan itu amat baik bagi mereka yang masih bersekolah menengah kerana perkataan yang diguna agak mudah.
3. Walau pun selalu mendengar rancangan ini tapi pencapaian bahasa inggeris penulis tidak berapa baik juga walau beberapa cara dilakukan. Bahasa inggeris dianggap susah walau selalu melihat cerita di televisyen. Itulah kelemahan pelajar melayu terutama diluar bandar.
4. Faktor lemah bahasa inggeris ini dianggap biasa waktu itu. Kalau ada yang agak pandai bahasa inggerisnya tapi jumlahnya seorang dua sahaja. Itu pun jika mereka sebelum ini mungkin belajar disekolah aliran inggeris semasa darjah 6.
Thursday, January 25, 2024
Semesek
Semesek boleh juga diertikan sebagai mudah juga senang untuk dibuat. Contoh ayat, kepada Ahmad soalan matematik yang diberi oleh guru diselesaikan dengan semesek oleh beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
https://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/
-
1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberita...