Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Wednesday, February 15, 2012

Masjid Kampung Surau Pulai Chondong

Masjid ini terletak di Kampung Surau. Apa yang istimewa masjid ini ialah menara yang diperbuat dari kayu yang mana diriwayatkan didirikan oleh Tok Pulai Chondong. Nama sebenarnya pula ialah Abdul Samad. Masjid ini makin terkenal pada kami pelajar Sek Men Abdul Samad (SMAS) sekitar tahun 70an. Dahulunya SMAS dikenali sebagai Sek Men Pulai Chondong. Apa yang menariknya pula ketika itu nama guru besar sekolah ini juga bernama Abdul Samad. Semasa pembukaan jika tidak silap diresmikan oleh Menteri Pelajaran Dato' Mohamad Yaakob. Itulah detik bersejarah yang pasti tidak dapat dilupakan hampir 40 tahun dahulu.

1 comment:

  1. Dulu ada pondok dkt Alor Melaka, pondok Haji Omar dan Ustaz Hussin. Pondok Haji Omar tutp stelah beliau meninggal dunia. saya sempat tinggal di sini selama 2 tahun semasa sekolah syamsul Maarif.Masjid inilah selalu untuk solat Jumaat.

    ReplyDelete