Featured Post

Azan

1.    Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...

Monday, January 4, 2010

Pulai Chondong Restoran


Jika ditahun 70an dahulu restoran ini memang terkenal kerana disamping kedai makan ia juga menjual majalah, surat khabar juga menyediakan alat indoor game/permainan serta peti nyanyi yang jika hendak mendengarnya dikenakan bayaran 20 sen. Masa itu lagu A.Ramle dan Maria Bachok, DJ Dave, Uji Rashid Hail Amir sedang popular. Tuan punya pula En Jaafar. Masih lagi diingat masa isu bayi tabung uji pertama didunia menjadi isu sempatlah membaca akhbar Utusan Malayu ditajuk utama. Anak-anak En Jaafar seperti Aziz dan Din serta adik beradik yang lain sentiasa menolong ibu bapa berniaga.
Posted by Picasa

3 comments:

  1. To pulai Chondong blogger,
    tima kasih coz info for pulai chondong, sy pernah bersekolah dari thun 79 di pulai cina pulai chondong...kenangan sya pasal makcik yg jual nasi belauk & nasi dagang depan kedai kopi cina tu, sedapnya tak dapat dilupakan. masa tu baru harga 20sen sebungkus...last visit kg. ni thun 84...now sya disabah bertugas namun pulai chondong tetap dlm kenangan... terubat rindu pd kg. ni bila jumpa web ni...

    ReplyDelete
  2. Siapa agaknya nama yang jual nasi belauk tu. Dulu ramai yang minum kopi dikedai kopi cina ini tidak kira Melayu atau Cina. Ini kerana kopinya sedap dan pakai cawan macam dekat Old Town White Coffee berbunga berwarna hijau.

    ReplyDelete
  3. Waktu dulu di kedai kopi cina yg ada jual nasi dagang & belauk tu gak, ada pakcik (melayu) tumpang jual roti canai...harga roti canai time tu 20 sen gak..so if sy nak roti canai telor, sy bawa dari rumah telor sebiji (simpan di poket seluar sekolah)& minta dia masukkan dalam roti canai so jadi lah roti canai telor...one day mcm biasa sy bawa telor dalam poket seluar sekolah but telor tu pecah...hampa sungguh hati ku...but if sy tak ingat pakcik tu buat sy roti canai telor gak if esoknya sy bawa telor gantian utk dia..kira hutang le...baik betul pokcik tu...

    ReplyDelete