inilah sekolah aku yang kedua selepas sekolah kebangsaan penambang kota bharu. aku belajar disini tahun 1968 hingga 1974. disini banyaklah kenangannya. antara guru yang masih diingat ialah cikgu husin iaitu guru besar. lagi ialah cikgu nor (jurulatih sepak raga), cikgu awang (bola dan hoki), cikgu faridah (kereta merah), ustazah khadijah, cikgu yusuf (ayah kartini), ustaz mat (naik basikal dari pangkal gong) dan tukang kebun pula en. arshad dan en. omar. penjual kantin pula en.yusuf (ayah azmi basikal kecil). kawan-kawan sekelas pula rahim hk mohamad ( meninggal), shukri (pakai selipar jepun), afendi ibrahim(budak pandai), .kamil ahmad(hoki),
saiful (bola), ghazali hamzah (kg dusun buluh), azmi yusuf(basikal kecil), azman, hamzah (bagi pinjam seluar jeans), ahmad taufik arshad (anak tok imam sad), tajuddin omar (hoki dan bola), normah (sepupu), normah yusuf (kg dusun buloh), norma abdullah(kg dusun buloh), bakri arshad(anak en.arshad), idi (kg surau), che harun (kg kerawang), azmi ali (kg pengkalan kiat), mohamad, zulkifli(chik li), aziz awang hamad, zulkifli (dekat rumah aziz), fatah, kartini,zaleha che lah, halim yusuf aka suha (kg dusun buloh), che hashim che harun dan lain-lain lagi dah tak ingat. masa cik gu awang yang pakai volkswagon sokan hoki amat cemerlang kerana pagi petang asyik berlatih hingga ditegur oleh guru besar kerana masa pagi berlatih termakan masa pelajaran dalam kelas. mereka yang bersekolah disini dari kampung bandar, kampung surau kerawang, kampung dusun buluh, kampung pasir bandar, kampung laha, kampung kemubu dan juga kampung kerawang.
Kampung Dusun Buluh nama tempat--- Ramailah teman rakan taulan--- Hidup di kampung memang beradat--- Hormat menghormati dalam pergaulan---
Featured Post
Azan
1. Disuatu ketika dahulu ketika masih budak ketika menonton TV bila masuk waktu solat akan dialunkan suara azan buat seketika. Begitu jug...
Wednesday, December 31, 2008
Tuesday, December 30, 2008
pokok tembakau
pengalaman semasa di kampung dusun buluh ialah menanam pokok tembakau. masa tahun awal 70an pokok ini amat berharga dan menjadi punca pendapatan penduduk kampung terutama di kelantan. ianya ditanam oleh mek (mak) dibelakang rumah ditanah seluas lebih kurang 2 ekar. mek aku ni memang gigih bekerja disamping membuka kedai kopi dan menoreh getah ada masa lagi menanam tembakau. aku adalah juga ditugaskan menyiram pokok ini masa pokokini kecil. bila pokok ini besar ia lebih tinggi dari kita. itulah pekerjaan yang dilakukan oleh orang dulu-dulu sebagai petani. masa menyemai anak tembakau dan akan dipindahkan ke kerek (poly bag) plastik hitam adalah kami anggap ia meriah kerana ia dilakukan pada waktu malam dan diterangi dengan pelita ayam sahaja. kaum wanita mendominasi aktiviti waktu ini. disini kita dapat melihat keakraban saudara mara sambil bekerja dan sambil mengeratkan tali silaturrahim. sehingga sekarang aku masih ingat peristiwa itu.
Friday, December 12, 2008
buah jambu
Saturday, October 25, 2008
lampu gaselin
lampu ini jika dipasang zaman era awal tahun 70an dikampung aku yang masih tiada bekalan letrik sudah dikira satu kelebihan dan memerlukan kos yang lebih tinggi dari pelita biasa. lampu ini biasa dipasang dikedai-kedai pada waktu malam bagi menyenangkan memilih barang-barang. senggaraan yang perlu pada lampu ini yang kadang-kadang menimbulkan masalah ialah getah pam rosak, lubang pemancar minyak ke mentol tersumbat dan mentol yang rosak(bocor). jika perkara tersebut berlaku kena diperbetulkan dulu baru operasi menyalakan lampu dapat disempurnakan. bahanapi yang digunakan ialah minyak gas/tanah. dari masa kesemasa lampu kena dipam kerana tekanan semakin lemah dan lampu semakin malap. cara untuk mula mengoperasikan lampu ini dengan memasukkan cecair sepirit ketempat takungannya dan dinyalakan dan dalam masa yang sama dipamkan dengan melihat penunjuk meter hingga maksima. dalam masa yang sama mainkan pemutar kawalan pancutan bahan bakar kementol. biasanya bila dipanaskan dengan sepirit mentol terbakar dan menjadi panas dan seterusnya secara beransur-ansur mengeluarkan cahaya terang keputihan seperti lampu florosen. dan lampu ini digantung tinggi ditempatnya. mungkin setengah jam sekali ia perlu dipam dari masa kesemasa.
kegunaannya lampu ini juga seperti pertunjukkan permainan wayang kulit didalam panggungnya bagi menyuluh wayang kulit. begitu juga dipesta kebudayaan dikampung-kampung yang tiada letrik. di masjid-masjid dibulan puasa waktu malam masa berterawih.
kegunaannya lampu ini juga seperti pertunjukkan permainan wayang kulit didalam panggungnya bagi menyuluh wayang kulit. begitu juga dipesta kebudayaan dikampung-kampung yang tiada letrik. di masjid-masjid dibulan puasa waktu malam masa berterawih.
Friday, October 3, 2008
pokok dan buah celagi
ini pokok celagi adalah antara buah paling masam dan kurang mendapat sambutan pada budak-budak. jika makan gigi pun akan jadi ngilu. dekat kampung aku iaitu pengkalan kiat ada sepokok celagi tepi sungai
bila kami mandi disitu kadang-kadang kait juga buah dia walaupun masam. tapi sekarang buah celagi dari thailand buahnyanya manis pula dan laku dipasaran. itulah teknologi makanan mereka dari buah masam jadi manis
Sunday, September 21, 2008
chin seng supermarket kota baru kelantan.
pada tahun 1975 aku telah pergi kepasar raya ini kerana membeli sehelai baju t shirt tanpa kolar berjenama texan dengan harga kurang RM10. itulah baju berjenama popular masa itu. ikut hati memang nak beli seluar sekali tapi tidak mampu. jadi tengok sajalah. jenama lain seperti amco, lee, jj, levis dan lainnya.naju tu warna lebih kurang biru kehijauan muda. jadi sekarang jika aku ke kota baru bila lalu depan kedai ini teringatlah aku kedai ini dan kadang-kadang singgah beli pakaian.
Saturday, September 20, 2008
rokok daun
rokok daun ini dibuat dari daun tumbuhan. jika dikelantan satu masa dulu ianya banyak datang dari negara thailand. rokok ini datang dalam bentuk yang tingginya lebih kurang sama macam kita berdiri dan kelihatan macam carpet sekarang jika digulung dan didirikan. yang dalam gambar ini ia telah dipotong. dulu kita beli dan balik potong sendiri ikut saiz masing-masing. tembakau pula tembakau kampung dan ditanam sendiri oleh petani. jadi nak buat tembakau ini panjanglah ceritanya. dulu budak-budak macam aku kalau hisap rokok ini depan orang tua tidak akan dimarahi. sebab boleh dikatakan majoriti orang kampung hisap rokok ini.
Monday, September 15, 2008
ETOK
ETOK amat popular di Kelantan. Malah di kampung aku masa kecil-kecil ia terdapat dengan begitu banyak di Sungai Kelantan iaitu di Pengkalan Kiat. Dulu jika nak cari etok kalau budak-budak ialah dengan cara menyelam menggunakan tangan. Itu cara paling mudah. Jika mahu cara lebih produktif gunakan pengokok etak yang diperbuat dari besi. Masa itu 1 cupak etak tidak sampai 50 sen. Cara penyediaan etak yang palin popular ialah dengai menyalainya diatas acak dan dijemur panas matahari atau disalai bawah api. Bila siap dimakan sebiji-sebiji tapi memerlukan kemahiran yang tinggi. Jika tidak akan gagal membukanya. Boleh juga guna pisau bagi yang tiada gigi. Rasanya amat sedap sekali. Sekarang pun jika aku balik ke Kelantan tidak akan gagal membeli etok ini. Di pasar Siti Khadijah memang banyak. Satu lagi tempat di simpang Mulong jalan dari Kota Bharu - pendek. harga satu kelongsong masi RM1. etok juga amat sesuai dimakan bersama dengan nasi kerabu. dinegeri lain seperti selangor juga ada etok ini tapi disebabkan tidak dikormerselisekan maka ia tidak mendatangkan nilai ekonomi. mungkin juga dikelantan boleh dikatakan setiap benda dan hidupan dan ditambah dengan kreativiti dan value added menjadikan ia berharga dan diminati.
Thursday, September 11, 2008
Sekolah Kebangsaan Penambang Kota Bharu
Inilah sekolah daku yang pertama iaitu sekolah kebangsaan penambang Kota Bharu Kelantan. Masa tu daku tinggal di Kampung Sungai Keladi. tapi ini foto sekarang. Jarak dari rumah lebih kurang 1 km sahaja. Jika pergi mula-mula bersekolah ialah abang Amir yang pergi hantar dengan basikal, selepas itu hari hari seterusnya mula berjalan kaki dan menyeberang sungai keladi dulu baru sampai kesekolah. Masa dalam darjah satu daku ingat lagi ada satu pelajar tu dia kena ditunggu oleh kakak atau emak dia didalam kelas jika tidak pelajar itu mungkin akan keluar kelas dan balik rumah. Mula masuk kelas tahun 1968. Apa pun kenangan bila melalui kelas ini masih terbayang. Kalau hendak kesekolah ini ialah dari bandar kota bharu ke pantai cahaya bulan. Walau bagaimana pun daku hanya bersekolah mungkin 6 bulan sahaja selepas itu daku berpindah ke Kampung Dusun Buluh Pulai Chondong Kelantan. Satu hal yang daku tidak ingat tapi ada diceritakan oleh orang lain yang lebih dewasa ialah daku selalu bergaduh dengan murid lain disekolah buktinya kata beliau ialah baju sekolahku selalu kotor kesan bergaduh tapi seperti dikatakan daku tidak ingat kerana mungkin salah dan mungkin benar apa yang dikatakan kerana ketika itu umur masih tujuh tahun.
Thursday, September 4, 2008
lompat tikam
ini kuih cuma ada di Kelantan. masa aku tinggal di kampung dulu tempat nak beli ini kuih ialah di pasar atau market Pulai Chondong. Hari besar ialah hari Khamis. Makna hari besar sebab pada hari tersebut ramai penjual dan pembeli hingga melimpah keluar market dan ia berlaku seminggu sekali. Kuih ini dibungkus dalam bekas plastik. Kuahnya berwarna hitam dari manisan (gula melaka). Yang warna merah ialah pulut. Kalau mahu cuba pergilah ke pasar Kota Bharu tiap-tiap hari ada jual.
Monday, September 1, 2008
Siput Sedut - Keca
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang rumah ada anak sungai mengalir. Didalam sungai itu banyak dipenuhi siput jenis ini atau dipanggil siput yang tinggal dalam sawah padi. Cara masak hanya yang sedap gulai lemak. Cara makan ialah dengan menyedut melalui mulut siput tersebut. Kalau tidak kuat sedut isi susah mahu keluar. Kadang-kadang masa makan isi siput ada dipenuhi anak-anak siput yang kecil dan boleh dimakan. Pada yang tidak biasa memang sukar untuk makan apa lagi jadi masakan kegemaran. .
Tapi bila daku sudah menetap diluar kelantan jarang pula berjumpa dengan siput ini. Yang jenis seperti dibawah memang banyak ditemui terutama dipasar-pasar. Tapi rasanya pula hampir sama juga
Tapi bila daku sudah menetap diluar kelantan jarang pula berjumpa dengan siput ini. Yang jenis seperti dibawah memang banyak ditemui terutama dipasar-pasar. Tapi rasanya pula hampir sama juga
Friday, August 29, 2008
assura
assura adalah sejenis bubur yang dibuat dibulan muharram sempena mengingati zaman nabi noh as. dikampung aku bubur ini aku kenali masa aku kecil lagi. . maka ramailah orang berkumpul diawal pagi lagi. kawah telah disediakan dan lain-lain seperti beras, ayam, buah kelapa, awah (rempah), pengacau sura, kayu api, gula dan lain-lain. bila telah sedia maka yang dewasa memasukkan ramuan ke dalam kawah yang siap di pasang api. masa mengacau agak lama juga bagi kita orang bebudak masa tu. adalah mungkin 4 ke 5 jam. setelah masak bagi kanak-kanak kita dibekalkan dengan tempurung kelapa dan dengannya mengganti pinggan kita pun makanlah assura tersebut dengan enaknya selepas penat bermain. itu masa kecil-kecil dulu. apabila meningkat umur aku pula kena kacau assura tersebut. apa pun kenangan tersebut tidak ada lagi terutama kepada anak-anak kita kerana kita pun tidak berpeluang membuat nya kerana berbagai-bagai alasan. itu cara dulu-dulu untuk mengeratkan tali silaturrahim antara satu sama lain.
Friday, August 15, 2008
menonton cerita filem melayu
masa kecil-kecil dulu ditahun 70an filem melayu dapat ditonton oleh budak kampung melalui tv.dikampung aku yang ada tv jiran berbangsa cina.tv dibekalkan letrik menggunakan generator.kalau mahu jauh sikit pergilah ke mata air kedai mek bunga.dulu mana ada letrik.cerita melayu biasanya malam sabtu.maka ramailah orang hingga ada dari kampung kerawang pun datang.penuhlah rumah jiran cina aku tu.macam aku ni dia memang sudah kenal.kadang-kadang belum dia pasang tv lagi aku sudah tunggu.jika sekarang difikir-fikirkan memang kita ni mengganggu tuan rumah saja.tapi apa boleh buat hanya itu pilihan yang ada.masa menonton kadang-kadang diselang seli dengan berita masa tu yang aku ingat perang vietnam. sambutan penonton terhadap filem melayu amatlah memberangsangkan lagi pun yang ada masa tu yang ada wayang percuma ialah yang sekali sekala dari wayang "public licence" atau publik lesen dari jabatan penerangan.
Saturday, August 9, 2008
kertuk- traditional games.
Kertuk ini amat popular sehinggalah akhir tahun 70an. Pasukan kertuk yang terkenal ialah dari Kampung Dusun Buluh, Kampung Beta dan Kampung Pangkal Kerdas Labok Kelantan.Satu set permainan ini mengandung 6 kertuk. Ianya di palu oleh 2 pemalu yang akan diketuk keatas belira yang diperbuat dari kayu bermutu tinggi.. Nama belira ada bermacam-macam nama seperti"anak biawak", "pak dogol" dan lain-lain. Cara bertanding 6 kertuk setiap pasukan dan akan berlawan dengan satu lagi pasukan. Pemenang akan ditentukan oleh seorang pengadil. Cara menentukan pemenang dengan cara bunyi. Bunyi yang paling menonjol dikira pemenang.Kita budak-budak akan juga membuat kertuk tapi dari buah kelapa.Belira pula dibuat dari buluh. Pemalu dibuat dari getah yang diambil dari bekas torehan pokok getah.Sekarang kertuk mungkin asing bagi generasi muda. Kertuk ini sebelum pertanding dijampi dulu supaya dapat mengalahkan lawan.kadang-kadang belira ini berbunyi sendiri sebelum bertanding. Dikampung aku tuan punya pasukan kertuk ialah Pak Cik Mat Nor. Biasanya masapertandingan orang yang memalu pakai kain pelikat sahaja.
Friday, August 8, 2008
biji getah
ini buah getah amat popular masa dulu-dulu.kegunaannya ialah seperti melagakannya,membuat permainan kipas dengan menggunakan bahan-bahan seperti benang, kipas kecil dan buah getah ditebuk.dulu buah getah boleh dijual dan dibuat benih kepada pihak tertentu.bila musim buah getah akan kedengaran letupan dari atas pokok getah menandakan buah getah akan gugur.aku ingat ini lah satu-satu buah yang meletup diudara.ini lah kehebatan tersendiri buah ini berbanding buah lain.buah getah yang berkulit tebal akan menang masa melagakanya,tapi susah hendak dicari,jadi pandai-pandailah mendapatkannya.untuk menampakkan buah lebih mengancam maka buah ini diasah ketanah dan akan berwarna merah dan nampaklah kegarangannya.buah ini akan timbul apabila berada disungai.
Thursday, August 7, 2008
belalang kunyit
Masa dikampung dahulu apabila telah tamat musim menuai/mengetam/memukul dimana tunggul batang padi masih ada banyak lah belalang ini. Cara senang tangkap ialah pada waktu malam. Jadi selepas maghrib kami beramai-ramai pergilah mencari belalang ini di Kampung Kerawang yang jaraknya lebih kurang 2 ke 3 kilometer dari rumah daku. Dengan bantuan pelita yang diletak dalam tin minyak maka pergilah kesana. Bila dapat tangkap belalang itu dimasuk dalam bekas khas yang dibuat dari upeh pinang. Tujuan belalang ini ditangkap kerana ia boleh dimakan dengan menggorengnya. Rasanya memang lah sedap sekali. Sekarang teringin juga hendak makan belalang goreng ini.
Wednesday, August 6, 2008
buah cupu
Masa daku di Kampung Sungai Keladi Kelantan ketika itu belum sekolah lagi,antara rumah kekedai Che Su ada sebatang pokok cupu yang besar sepemeluk budak. Bila lalu biasanya akan panjat pokok ini dan kalau nasib baik ada buah yang masak bolehlah makan. Masa daku di Kuantan dekat pasar malam Jaya Gading ada jual buah ini.kalau yang kurang masak boleh dibuat sambal bersama ikan masin.. Nampaknya pokok ini kurang sambutan sekarang dan boleh pupus.
Tuesday, August 5, 2008
menimba ikan
masa dikampung aktiviti ini perkara biasa selepas mengetam/memukul padi.keseronokan bersama rakan2 amat dirasai.dulu timba kolam dengan baldi sahaja.punya lama mahu kering.itu bergantung pada keluasan kolam.ikan yang agak bisa dan perlu berhati2 ialah ikan keli.kalau kat belakang rumah aku buat sendiri saja kolam tapi saiz kecil saja.kalau kat kubang tebit kat rumah wak saman memang besarlah.ikan yang dapat seperti puyu,haruan,keli,anak butir nangka,sepat dan kadang2 belut.tapi bila dah merantau keluar aktiviti ini terkubur begitu saja.
Monday, August 4, 2008
sekolah menengah abdul samad pulai chondong
ini lah sekolah menengah aku yang pertama. singkatan SMAS. belajar disini tingkatan 1 sampai 3. guru yang masih diingat abdullah, tuan lah, talib, maryam, ustaz man, aminah, idris dan lain-lain. guru yang paling mesra pelajar ialah cik gu talib orang melaka dan masa tu masih bujang dan menyewa di pekan pulai chondong berhadapan stesen minyak shell. kita orang selalu kerumahnya bersama fauzi dan ada juga pergi ke pantai cahaya bulan berkhemah 2 hari. juga pernah belanja makan di sebuah kedai makan dikota bharu. Guru besar masa tu cik gu abdul samad.
belaga semut
masa darjah rendah belaga semut menjadi permainan masa rehat kantin disekolah.caranya penggemar carilah lubang semut dulu.dengan menggunakan batang kemucut mereka masukkan kedalam lubang semut tersebut.biasanya semut hitam dalam lubang akan tangkap batang kemucut tersebut.macam pancing ikan lah.mereka pun tarik dan semut melekat kat batang kemucut.tapi kena cari seekor lagi.bila dapat penggemar pun lekatkan semut tersebut dan ia secara otomatik akan berlawan.ini macam sudah habis idea dan tidak ada permainan lain lah katakan sampai semut pun jadi mangsa.
Sunday, August 3, 2008
manggis
sekarang musim buah.antaranya durian,manggis dan rambutan.masa kecil2 masa yang paling menyelerakan makan buah manggis ialah bila balik sekolah tengah hari dan cuaca panas.dulu manggis tiada orang jual.sebab masing2 ada pokok sendiri. aku pun bila sampai rumah nenek aku terus pergi panjat pokok dan makan atas pokok.buah memang banyak dan dibawah pokok penuh buah gugur.itu masa buah sudah banyak dan masak.jika musim baru berbuah dan buah masih putik hijau lagi jika musim hari minggu aku selalu ambil buah putik ini dan cara makan ialah dalam sungai sambil gigit kulit dan ia mengeluarkan getah.tapi sebab dalam air getah hilang begitu saja.walaupun putik tapi isinya bolehlah dimakan.
Friday, August 1, 2008
buah mata ayam
ini adalah buah mata ayam.sebab mungkin buahnya macam mata ayam.buah ini kecil saja.biasanya ini adalah makanan burung.tapi masa budak2 bila masuk kawasan semak sambil ingin melastik burung bila terserempak dengan buah ini maka ambillah buat makan.rasanya manis juga.pucuknya boleh dibuat ulam dan biasanya dicampur dengan daun serai kayu dan lain2 untuk dimasukkan dalam nasi kerabu.
Thursday, July 31, 2008
bubur kacang merah
masa disekolah rendah sekolah kebangsaan bandar,bubur ini dimasak oleh pihak sekolah.disamping itu dapat juga susu percuma.biasanya dimasak pada waktu petang selepas penat bermain sokan.susu ini sedap juga dan dimasak dalam periuk macam kawah.masa tu kita makan sajalah bubur ini dan tak ambil tahu dari mana datang yang kita tahu sekolah yang sediakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Bahan-bahan adalah seperti: 1. Lada Benar 2. Bawang Putih 3. Halia 4. Lada Burung 5. Lengkuas 6. Bunga Cengkih 7. Adah Manis (macam padi)...
-
Ubat 760 ini kita sebut bukan tujuh ratus enam puloh atau tujuh enam kosong. Tapi kita sebut tujuh enam puloh . Dulu ubat ini digunakan untu...
-
Atap bata ini sudah jarang atau pun tidak digunakan lagi untuk membuat sesebuah rumah. Sekarang atap bata ini diganti dengan atap genting mo...
-
Jika dahulu ingin pakai minyak rambut terutama sesekali jika hendak kesekolah pakailah minyak benar iaitu minyak memasak atau minyak nyior....
-
Masa daku mula kenal siput atau pecal ini ialah masa di Sungai Keladi Kota Bharu Kelantan tahun enam puluhan. bila musim hujan kat belakang ...
-
Buah ini dulunya banyak terdapat disekitar Kampung Dusun Buluh. Ianya kadang-kadang jatuh tidak berkutip dibawah pokok. Jika putik berwarna...
-
Jika ingin mengail disungai di Pengkalan Kiat umpannya ialah cacing. Ada dua jenis cacing iaitu cacing tanah dan satu lagi cacing liar . Ken...
-
Peti sejuk yang menggunakan minyak gah ini pada tahun 70an ada dimiliki oleh Mak Su yang mengendalikan kantin Sekolah Kebangsaan Mata Ayer....
-
1. Masa budak dulu di Kampung Dusun Buluh tidak pernah berjumpa dengan monyet. Kalau ada pun yang kelihatan spesis beruk. Tapi kini diberita...
-
https://vt.tiktok.com/ZSL9eHH4K/